Sunday, August 24, 2008

Family Day LHDN CCK 2008










Salam


Pada 26hb Julai 2008 bertempat di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak, berlangsungnya Hari Keluarga Isteriku yang bekerja di LHDN KL selama 2 hari 1 malam. Ini pertama kali aku mengahadirinya selepas bergelar suami. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Almaklumla aku pertama kali mengahadiri majlis ini. Aku menjadi kekok dengan pergaulan di kalangan anggota pekerja kerajaan.


Banyak aktiviti sukan yang dijalankan. Aku cuma, menjadi supporter sahaja. Antara tetamu VIP yang hadir adalah Ketua Pengarah LHDN Malaysia iaitu Dato' Hasmah. Pada malam 'GALA NIGHT DINNER' aku menang BEST MEN DRESS yang berkonsepkan IRAMA 60an. Aku terkejut, tetapi aku menerima keputusan ini kerana malam itu, aku memang layak kerana aku adalah BOJOI SAMSENG BUKIT MERAH LAKE TOWN. Hahaha...... untuk lucky draw isteriku mendapat tempat ke 14. Alhamdulillah rezeki baby dalam kandungan. Pada keesokannya, aku hanya lihat sambil geram, kerana aku tidak dapat mandi di theme parknye kerana bini aku pragnant and aku tiada kawan untuk meng huru-harakan dalam theme park.


Apa pun sehingga kini aku menjadi famous di LHDN Jln Duta, kerana ke SAMSENG ngan aku pada malam Family Day yang lepas. InsyALLAH kalau ada rezeki & umur panjang lagi, aku akan menghadiri lagi Family Day anjuran tempat kerja isteriku. Thanks a lot and congratulation to all AJK CCK LHDN Jln Duta and staff kerana menjayakan Family Day 2008 di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak.

Wednesday, August 20, 2008

Debat Terbuka LGE & KTK




Salam,
Baru saja tadi saya menonton debat antara YB Lim Guan Eng LGE, Ketua Menteri Pulau Pinang & YAB Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, KTK Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang mendebatkan Skandal Tanah d Negeri Pulau Pinang. Bagi pandangan saya, YB Lim Guan Eng tidak berpuas hati dengan pegawai yang di beri amaran oleh Kerajaan BN mengenai status tanah dan juga harga yang di cakapkan tadi bernilai RM40 Juta. Banyak soalan yang di tanya oleh moderetor dan Dr. Koh tidak di jawab dan seolah-olah masih menceritakan pegawai yang di beri amaran dan RM40 juta. Semua pertanyaan yang di tanya oleh Sdr Lim di jawab dengan baiknya oleh Dr. Koh. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi macam debat yang lepas, Dato' Seri Anwar Ibrahim membincangkan isu yang di debatkan dan tidak menyentuh keperibadian.
Tidak mcm Dato' Shaberry Chik, menegakkan yang orang kampung semua tidak paham tentang masalah harga minyak dunia. Seperti ini juga, Sdr Lim banyak memburukan Kerajaan yang lepas sebagai kerajaan corruption. Jadi saya sebagai umat islam berdoa, berikan petunjuk dan hidayat, sekiranya yang bersalah dapat di hadapkan ke muka pengadilan dengan, secepat yang mungkin. Ini kerana politik di Malaysia bagi penilaian saya sendiri sudah jauh terpesong dari landasan. Dan orang melayu sudah mula berpecah dan bermain-main dengan agama islam. Di harap blogers dapat menilai, jangan bercakap dan memfitnah perihal orang, sekirannya kita sendiri pun tidak pasti.

Monday, August 18, 2008

Chong Wei LEE & Olimpik Beijing 2008




Salam,




Kalian semua sudah tahu hampir 10 hari kita semua inginkan pingat di dalam ranking senarai pingat hanya semalam baru kita dapat. Malangnya Emas yang di impikan berkecai. Alhamdulillah dapat juga kita pingat walaupun Perak. Apa sudah jadi dengan Perseorangan Badminton negara kita? Game yang pertama ada persaingan, tetapi di game ke dua hancur. Bak kata orang muda sekarang, 'Kacang Goreng Jer'. Banyak yang mengkritik hari ini, tapi ada yang memuji. Bagi pandangan saya, kita mmg patut kalah, krn Ling Dan dari China begitu pantas dan juga pandai mematahkan & mengatur strategi LEE. Apapun Tahniah kepada LEE kerana usaha beliau sampai ke peringkat akhir, ini yang kerana sudah 12 tahun kita menunggu saat ini. Di harap LEE and team from Malaysia dpt memperbaiki kelemahan dalam Badminton negara. Tahniah sekali lagi.

Sunday, August 17, 2008

Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh


Salam,


Saya ingin berkongsi pendapat, pandangan atau cadangan kepada blogers semua. Pada 26 Ogos ini semua pengundi di Permatang Pauh akan membuang undi. Adakah DSAI akan mempertahankan tempatnya atau sebaliknya. Mengapa Sdr Hanafi calon Bebas ingin bertanding? Adakah benar seperti di khabar angin, beliau menjadi agen kepada PAS or PKR? Saya mengharapkan pengundi-pengundi d Permatang Pauh dapat memikirkan baik buruk calon, sebelum membuang undi......


(P/S : Fikirlah masa depan bangsa dan Negara)