Wednesday, August 20, 2008

Debat Terbuka LGE & KTK




Salam,
Baru saja tadi saya menonton debat antara YB Lim Guan Eng LGE, Ketua Menteri Pulau Pinang & YAB Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, KTK Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang mendebatkan Skandal Tanah d Negeri Pulau Pinang. Bagi pandangan saya, YB Lim Guan Eng tidak berpuas hati dengan pegawai yang di beri amaran oleh Kerajaan BN mengenai status tanah dan juga harga yang di cakapkan tadi bernilai RM40 Juta. Banyak soalan yang di tanya oleh moderetor dan Dr. Koh tidak di jawab dan seolah-olah masih menceritakan pegawai yang di beri amaran dan RM40 juta. Semua pertanyaan yang di tanya oleh Sdr Lim di jawab dengan baiknya oleh Dr. Koh. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi macam debat yang lepas, Dato' Seri Anwar Ibrahim membincangkan isu yang di debatkan dan tidak menyentuh keperibadian.
Tidak mcm Dato' Shaberry Chik, menegakkan yang orang kampung semua tidak paham tentang masalah harga minyak dunia. Seperti ini juga, Sdr Lim banyak memburukan Kerajaan yang lepas sebagai kerajaan corruption. Jadi saya sebagai umat islam berdoa, berikan petunjuk dan hidayat, sekiranya yang bersalah dapat di hadapkan ke muka pengadilan dengan, secepat yang mungkin. Ini kerana politik di Malaysia bagi penilaian saya sendiri sudah jauh terpesong dari landasan. Dan orang melayu sudah mula berpecah dan bermain-main dengan agama islam. Di harap blogers dapat menilai, jangan bercakap dan memfitnah perihal orang, sekirannya kita sendiri pun tidak pasti.

No comments: