Monday, August 18, 2008

Chong Wei LEE & Olimpik Beijing 2008




Salam,




Kalian semua sudah tahu hampir 10 hari kita semua inginkan pingat di dalam ranking senarai pingat hanya semalam baru kita dapat. Malangnya Emas yang di impikan berkecai. Alhamdulillah dapat juga kita pingat walaupun Perak. Apa sudah jadi dengan Perseorangan Badminton negara kita? Game yang pertama ada persaingan, tetapi di game ke dua hancur. Bak kata orang muda sekarang, 'Kacang Goreng Jer'. Banyak yang mengkritik hari ini, tapi ada yang memuji. Bagi pandangan saya, kita mmg patut kalah, krn Ling Dan dari China begitu pantas dan juga pandai mematahkan & mengatur strategi LEE. Apapun Tahniah kepada LEE kerana usaha beliau sampai ke peringkat akhir, ini yang kerana sudah 12 tahun kita menunggu saat ini. Di harap LEE and team from Malaysia dpt memperbaiki kelemahan dalam Badminton negara. Tahniah sekali lagi.

No comments: